Joao felix tiada dalam perancangan Chelsea

Joao Felix - Foto: AFP
Joao Felix - Foto: AFP
A
A
A

CHELSEA tidak berminat untuk mengekalkan Joao Felix dan pemain sayap portugal itu akan kembali ke Atletico Madrid apabila perjanjian pinjaman tamat.

Felix menyertai Chelsea secara pinjaman pada Januari untuk baki kempen 2022-23 dan telah menjaringkan empat gol dalam 20 penampilan bersama The Blues.

Selepas mengharungi musim sukar dan berada di kedudukan ke-12 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengumumkan pelantikan Mauricio Pochettino sebagai ketua jurulatih baharu mereka.

Presiden Atletico, Enrique Cerezo berkata, Chelsea sudah memaklumkan perkara tersebut kepadannya dan Atletico masih belum mempunyai sebarang perancangan mengenai Felix.

"Sebenarnya saya tidak boleh memberitahu anda rancangan dengan Joao.

"Ia adalah berita yang kami dapat semalam, bahawa jurulatih baharu tidak mempunyai perancangan untuknya di Chelsea. Kami belum ada apa-apa perancangan lagi, Joao adalah pemain Atletico sekarang," katanya.

Atletico membeli Felix dari Benfica pada 2019 dengan nilai 114 juta pound (RM651 juta) dan menjadi perpindahan keempat termahal sepanjang zaman.

Dia telah membuat 131 penampilan untuk pasukan Diego Simeone, menjaringkan 34 gol, dan membantu mereka memenangi gelaran LaLiga pada musim 2020-21.