Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekalan gula menjelang Aidiladha mencukupi

A
A
A

BERITA SEMASA 30 MEI 2023

Bekalan gula dijamin mencukupi untuk keperluan umat Islam menyambut perayaan Aidiladha yang dijangka diraikan pada hujung Jun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, ia susulan arahan terhadap dua syarikat pengeluar gula terbesar di negara ini bagi memastikan jumlah bekalan gula dikeluarkan seperti biasa bagi memenuhi permintaan pasaran.

Beliau berkata, pemantauan terhadap bekalan gula dilakukan di seluruh negara dan tempoh penguatkuasaan operasi bersepadu Ops Manis bagi memulihkan bekalan gula akan dilanjutkan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260949/berita/nasional/bekalan-gula-mencukupi-menjelang-aidiladha

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian