Rakyat Arab Saudi diculik di Beirut

Bassam Mawlawi. Foto AFP
Bassam Mawlawi. Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Seorang lelaki warga Arab Saudi diculik di Beirut, namun motif penculikan belum dapat dipastikan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Lubnan pada Selasa.

"Apa yang berlaku itu menjejaskan hubungan Lubnan dengan rakan Arabnya dan hukuman berat akan diambil ke atas pelakunya,” kata Menteri Dalam Negeri Bassam Mawlawi di Twitter.

Beliau berkata, pihak berkuasa telah berhubung dengan duta Arab Saudi ke Lubnan Waleed Bukhari, kata Mawlawi.

Menurut media tempatan, warga Arab Saudi itu diculik dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Beirut pada Ahad.

Kawasan dan jalan raya berhampiran lapangan terbang itu sebahagian besarnya dikawal oleh gerakan Syiah Lubnan Hizbullah.

Keluarga lelaki itu telah menerima panggilan daripada penculik yang meminta wang tebusan AS$400,000.

Kedutaan Arab Saudi di Lubnan berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu daripada keluarga lelaki berkenaan. - Bernama