Solat hajat doa kesejahteraan warga Felda

Antara jemaah yang turut sama program solat hajat mendoakan kesejahteraan warga Felda anjuran MBFM di Masjid Jamek Felda Semenchu, hari ini.
Antara jemaah yang turut sama program solat hajat mendoakan kesejahteraan warga Felda anjuran MBFM di Masjid Jamek Felda Semenchu, hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) hari ini mengajurkan solat hajat di 265 buah masjid dalam seluruh kawasan Felda bagi mendoakan kesejahteraan warga komuniti tersebut.

Presiden MBFM, Muhammad Fadzli Hasan berkata, solat hajat tersebut diadakan sejurus selesai solat Jumaat.

"Program ini bertujuan memohon untuk kesejahteraan kepada keseluruhan warga Felda yang sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah.

"Setelah pelbagai usaha dan desakan dilakukan, kami memohon kepada ALLAH untuk memberi petunjuk dan jalan keluar terhadap masalah ini," katanya selepas turut hadir dalam program solat hajat di Masjid Jamek Felda Semenchu.

Tambahnya, beliau turut berharap agar isu sara hidup, pendahuluan hasil dan pemuktamatan penyata hutang dapat diselesaikan segera.

Difahamkan, sehingga hari ini duit sara hidup, pendahuluan hasil yang sepatutnya diterima peneroka pada setiap 23 hari bulan masih belum diperolehi.

MUHAMMAD FADZLI
MUHAMMAD FADZLI

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Wilayah Johor Bahru, Azman Jailani berkata, di peringkat Wilayah Johor Bahru, program solat hajat itu dibuat di seluruh 32 rancangan Felda.

Artikel Berkaitan:

"Program solat hajat ini mendapat kerjasama daripada pimpinan rancangan, jawatankuasa masjid dan imam.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam melaksanakan program ini. Moga warga Felda khasnya dalam Wilayah Johor Bahru terus diberikan kesejahteraan," katanya.

Bagi Pengerusi MBFM Cawangan Felda Semenchu, Muhammad Farhan Abd Hamid pula berharap semoga usaha serta doa dipohon melalui program itu mendapat perkenan dari ALLAH dan warga Felda khasnya di Felda Semenchu ini dijauhkan daripada perkara yang tidak baik.