Sila log masuk terlebih dahulu.

Sanggup tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MEI 2023

Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, di Sabak Bernam, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 20 tahun dipercayai membawa teman wanitanya menaiki sebuah kereta di kebun kelapa sawit itu kira-kira jam 10 malam.

Menurut beliau, suspek yang juga lepasan sebuah kolej tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu bertengkar dengan mangsa berusia 21 tahun.

Artikel: https://shorturl.at/vCKOS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com