Tiada jalan mudah buat JDT

Fandi Ahmad
Fandi Ahmad
A
A
A

SRI Pahang tidak akan memberi laluan mudah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan ketika pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad berkata, beliau sedar cabaran besar menanti di laman Harimau Selatan itu, namun para pemainnya akan tetap hadir dengan semangat juang tinggi.

"Siapa pergi sana (Stadium Sultan Ibrahim) memang berdepan tugas berat. Psikologi dan mental sentiasa kuat dan positif jika nak bermain di sana.

"Kita kena ubah cari bermain dan kaji kekuatan mereka. Seperti kita tahu, kekutan mereka di semua posisi, jadi kita kena berwaspada.

"Apa yang paling penting adalah kita berjuang bermatian dan dengan penuh semangat melawan," katanya.

Pertemuan kali ini menjadi lebih menarik apabila Sri Pahang dan JDT masih memegang rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super.

Namun, pasukan Pantai Timur itu mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan rekod bersih itu ketika bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim berdasarkan kualiti dimiliki pendahulu liga itu.