Sila log masuk terlebih dahulu.

Penganjur, artis dilarang pamer elemen 'pelangi' - MB Selangor

23 Mei 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 23 MEI 2023

Kehadiran Coldplay di Malaysia menjadi kontroversi dan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin parti politik, namun tiket menyaksikan konsert itu habis terjual dalam tempoh beberapa jam dibuka.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, rakyat negeri itu yang menyokong konsert Coldplay bukan kerana menyokong gerakan 'pelangi' sebaliknya cenderung dengan muzik disampaikan artis ternama antarabangsa tersebut.

Jelasnya, rakyat di Selangor yang matang dan metropolitan sangat faham tentang budaya masyarakat di negara ini.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#BuletinTikTok #Coldplay #MBSelangor #SinarHarian