Raja buah

A
A
A

Keenakan durian Balik Pulau yang dikatakan berbeza dengan durian dari tempat lain antara faktor membuatkan penggemarnya sanggup ke Pulau Pinang semata-mata mahu menikmati kelazatan raja buah itu.



Pemborong durian di Balik Pulau kini mula sibuk menerima buah durian yang dihantar oleh pemilik-pemilik dusun sekitar kawasan Balik Pulau.

Musim durian yang menjelang akhir bulan April lepas kini mula bertambah banyak.

Pemborong durian 8321 di sini sibuk mengagihkan durian-durian yang diterima daripada pemilik-pemilik dusun durian.

Buah durian dijual antara RM 5 hingga RM110 sekilogram mengikut kualiti raja buah berkenaan.