Bidaan nombor plat 'FF' RM34.2 juta, tertinggi dalam sejarah

Anthony ketika sidang media berkenaan bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri 'FF”. - Foto Bernama
Anthony ketika sidang media berkenaan bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri 'FF”. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri "FF” catat hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sistem bidaan JPJeBid dengan kutipan berjumlah RM34.3 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, 34,032 orang menyertai bidaan itu, yang dibuka dari 14 hingga 19 Mei lepas, dengan 8,348 daripada mereka berjaya mendapatkan nombor plat siri berkenaan.

Beliau berkata, nombor plat yang mendapat bidaan tertinggi adalah FF8 dengan harga RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999), FF3 (RM639,000) dan FF2 (RM638,000).

"Lima nombor yang mendapat minat paling tinggi adalah FF199 dengan seramai 34 pembida, FF51 dengan 32 pembida dan seterusnya FF155, FF555 dan FF1688 dengan masing-masing 29 pembida.