Tinjauan cuaca panas

A
A
A
Pekerja, Arman Husin, 25, memandikan salah seekor kuda semasa tinjauan di Kelab Equastrian Tanjong Lumpur hari ini.

Menurut Arman, sebanyak 36 ekor kuda yang dijaga di situ akan dimandikan sebanyak dua kali sehari berbanding sekali sahaja sebelum ini bagi mengekalkan kesegaran haiwan terbabit susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Cuaca panas yang melanda negara susulan musim peralihan monsun yang dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos.