Penyusunan semula Agensi Penggalakan Pelaburan dimulakan

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - Penyusunan semula ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara akan dimulakan dengan pelan penyelarasan fungsi dan peranan agensi itu secara berfasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang dicapai di dalam Majlis Pelaburan Negara (MPN) kali pertama itu merupakan usaha kerajaan untuk menyelaras aktiviti penggalakan pelaburan dengan lebih berkesan dan meningkatkan keupayaan IPA dari segi keutamaan strategik, fungsi, sumber manusia, ciri organisasi dan dasar tadbir urus.

"MPN juga bersetuju untuk memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL