Lima kawasan catat suhu panas lebih 35 darjah

Status cuaca panas di kawasan Semenanjung Malaysia. - Foto Facebook MetMalaysia
Status cuaca panas di kawasan Semenanjung Malaysia. - Foto Facebook MetMalaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu di tiga kawasan Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia melalui satu kenyataan memaklumkan, tiga kawasan itu adalah di Kuala Krai, Kelantan; Pasir Mas, Kelantan dan Rompin, Negeri Sembilan.

Selain itu, terdapat dua kawasan di Sarawak berada pada tahap satu iaitu di Betong dan Selangau.

Tahap berjaga-jaga merujuk kepada apabila suhu maksimum harian berada antara 35 darjah hingga 37 darjah Celcius.

Menurut kenyataan tersebut, amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga itu berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, ulas kenyataan berkenaan, tiada kawasan di Sabah berada pada tahap satu selama tiga hari itu.