Beberapa daerah Sabah alami gangguan elektrik

Blok kedai sekitar Putatan gelap berikutan gangguan bekalan elektrik yang berlaku sejak jam 6 petang.
Blok kedai sekitar Putatan gelap berikutan gangguan bekalan elektrik yang berlaku sejak jam 6 petang.
A
A
A

KOTA KINABALU - Beberapa daerah di negeri ini terputus bekalan elektrik selepas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan mengalami gangguan bekalan pada talian voltan tinggi.

Antara daerah yang mengalami gangguan bekalan elektrik ketika ini ialah sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang sejak kira-kira jam 6 petang Rabu.

Difahamkan daerah lain seperti Tawau, Beaufort, Kota Belud, Tambunan dan Lahad Datu telah pulih secara berperingkat selepas terputus bekalan elektrik antara satu hingga tiga jam.

No Image Caption

SESB ketika ini dalam tindakan untuk melaksanakan pemulihan bekalan berperingkat.