Sila log masuk terlebih dahulu.

[SINAR LIVE] Arah ke hadapan Kerajaan Perpaduan (Siri 2)

14 Mei 2023 | Sinar Live Video
A
A
A
Pembentukan Kerajaan Perpaduan membuka lembaran baru dalam politik tanah air apabila buat kali pertama dalam sejarah, kerajaan dibina hasil persepakatan parti-parti yang bertembung sesama mereka dalam pilihan raya sebelumnya.

Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dan lain-lain melupakan perbezaan ideologi mereka dan bekerjasama membentuk kerajaan seperti yang disarankan dalam titah Yang Dipertuan Agong.

Selepas enam bulan, kukuhkah kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan ini? Masih wujudkah cabaran besar di hadapan mereka? Bersediakah mereka berdepan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi?

Ikut perbincangan bersama-sama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dalam Sinar Live bertajuk "Arah ke hadapan Kerajaan Perpaduan" secara langsung dari World Trade Centre Kuala Lumpur.

Facebook: https://bit.ly/3O2K3sB

Youtube: https://bit.ly/3Odx4Vb

#SinarHarian #SinarLive #KerajaanPerpaduan