Perairan Victoria Labuan

A
A
A
Pemandangan pelangi selepas hujan di sebahagian kawasan perairan Victoria Labuan dan Laut China Selatan ketika tinjauan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawang hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah Bintulu, dan di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga lewat petang ini.

Negara ketika ini masih lagi berada dalam cuaca panas dan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Derik telaga minyak pertama di Malaysia

No Image Caption
GALERI

Pertandingan Kemahiran Dunia 2024

No Image Caption
GALERI

Pameran Raja Kita

No Image Caption
GALERI

Sukan Olimpik Habib Jewel