'Tun M jangan cuba tegakkan benang yang basah' - Anwar

Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika majlis Aidilfitri Malaysia Madani@Dataran Merdeka yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika majlis Aidilfitri Malaysia Madani@Dataran Merdeka yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad diminta agar tidak mengelak daripada 'kenyataan sebenar' tentang aset yang dimiliki oleh beliau dan keluarganya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, umum sememangnya tahu kekayaan yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri itu.

“(Tun M minta kemukakan bukti?) Dah ada, kalau anak ada pesawat, kapal, dan ada syarikat berbilion-bilion. Nak bukti apa lagi?

“Semua orang tahu. Ini (seperti) menegakkan benang yang basah,” katanya kepada media ketika hadir Majlis Aidilfiri Madani @Dataran Merdeka anjuran Jabatan Agama Islam (Jawi) pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan bekas Perdana Menteri itu agar Anwar mengemukakan bukti yang didakwa, berpuluh kotak.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggesa dan mencabar Dr Mahathir mendedahkan segala aset dimiliki diri serta keluarganya.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu memulangkan paku buah keras apabila mencabar Anwar untuk mendedahkan kekayaan dimilikinya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menjawab gesaan tersebut, Anwar berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

“Saya di antara orang yang mengisytiharkan harta dan dia (Dr Mahathir) yang tidak.

"Baru-baru ini saya isytihar sebanyak RM11 juta, dan itu harga rumah di Segambut.

“Itu bukan lagi rahsia dan diketahui umum,” kata Anwar.