Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk meriahkan penggunaan alat suluh zaman dahulu

A
A
A

Penduduk meriahkan penggunaan alat suluh zaman dahulu

BERITA SEMASA 13 MEI 2023

Penduduk Kampung Teluk Kandeh, Alor Mengkudu, di Alor Setar, Kedah menghidupkan kembali tradisi jamung melalui Temasya Aidilfitri Teluk Kandeh pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Penduduk, Zainuddin Ismail berkata, jamung yang dihasilkan daripada buluh dan gumpalan kain itu merupakan alat suluh penduduk zaman dahulu untuk menerangi kegelapan.

Menurut kartunis yang juga dikenali sebagai Cekeding itu, jamung atau jamo mengikut loghat tempatan itu kerap digunakan ketika kenduri-kendara dan majlis khatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/258219/edisi/utara/kampung-teluk-kandeh-hidupkan-kembali-tradisi-jamung

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian