Individu kritik Raja-Raja Melayu akan dipanggil polis

Mohamad Fuzi (dua, kiri) merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur sambil disaksikan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kiri) dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (dua, kanan), hari ini.
Mohamad Fuzi (dua, kiri) merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur sambil disaksikan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kiri) dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (dua, kanan), hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil beberapa individu yang didakwa mengkritik Raja-Raja Melayu semasa forum mengenai Statut Rom, yang berlangsung di Universiti Malaya, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung isu tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

"Sama ada kita akan memanggil individu terlibat ini atau tak, ia bergantung kepada laporan siasatan. Jika perlu, kita akan panggil.

"Kita akan lihat apa kesalahan dan keperluan untuk memanggil pihak terbabit. Siasatan juga akan dibuka sama ada mengikut Akta Hasutan atau undang-undang berkaitan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, hari ini.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang didakwa mengkritik Raja-Raja Melayu ketika forum terbabit berlangsung.

Laporan polis ini juga mengaitkan Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta beberapa individu lain.

Difahamkan, forum itu diadakan susulan pendedahan rumusan eksekutif yang dibentangkan ahli akademik yang dikatakan digunakan bagi meyakinkan Majlis Raja-Raja Melayu menolak Statut Rom.

Terdahulu, Mohamad Fuzi menyerahkan replika kunci IPD Brickfields sebagai gimik perasmian IPD baharu itu yang mempunyai keluasan 2.5 hektar dan siap pada tahun lepas dengan kos sebanyak RM40.6 juta.

Artikel Berkaitan:

Seramai 1,530 anggota dan pegawai di terdapat di daerah ini daripada tujuh balai polis di bawah IPD Brickfields ini yang memberikan perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang kepada lebih 1.1juta penduduk.