Shopee mencungkil permata perniagaan tersembunyi dan membangunkan industri tradisional

A
A
A


 Pekerja di kilang Tokey Sambal Hitam sedang mencipta kandungan untuk dimuat naik dalam kedai e-dagang mereka.
 Pekerja di kilang Tokey Sambal Hitam sedang mencipta kandungan untuk dimuat naik dalam kedai e-dagang mereka.



KUALA LUMPUR - Ekosistem Shopee yang teguh memberikan kemudahan kepada penjual untuk menguruskan kedai dalam talian mereka, menjangkau lebih ramai pelanggan dan memenuhi pesanan pelanggan melalui pengurusan logistik bersepadu.

Ini telah menyokong banyak perniagaan berskala kecil dengan infrastruktur dan sumber e-dagang. Dengan lebih banyak masa dan ruang untuk menjalankan perniagaan, tidak hairanlah banyak perniagaan tempatan beralih kepada platform e-dagang untuk mengembangkan jangkauan perniagaan mereka.

Hidangan Sambal Hitam Pahang sampai ke Lembah Klang

Khairil Adhzaha, yang mengendalikan kilang sambal di Bentong, Pahang, merupakan salah seorang usahawan e-dagang tempatan Shopee Malaysia yang paling berjaya.

Jenamanya, Tokey Sambal Hitam telah dianugerahkan gelaran Super Favourite Buatan Malaysia pada Anugerah Super Shopee 2022 baru-baru ini kerana mencapai pertumbuhan kedai tertinggi dalam tempoh 12 bulan lepas dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Kilang Tokey Sambal Hitam mengeluarkan 80 kilogram sambal hitam setiap hari dan menggaji enam pekerja dalam kalangan masyarakat setempat yang mahir dan separuh mahir untuk melaksanakan tugas harian, daripada pemprosesan bahan mentah hinggalah kepada pemasaran produk.

Menurut Khairil, perniagaan itu lebih kecil apabila dia mula-mula bermula pada 2009. Dengan bermula sebagai hobi namun lama kelamaan ia berubah dengan pantas menjadi perniagaan yang berkembang pesat apabila dia menggunakan platform Shopee untuk menjangkau pasaran lebih luas di luar Bentong.

“Majoriti pelanggan kami tinggal di sekitar Lembah Klang dan salah satu cara untuk kami mempromosi dan memasarkan produk Sambal Hitam Pahang ini adalah melalui perniagaan e-dagang.

“Saya akui apabila ada kedai dalam talian di Shopee dan ia amat membantu perniagaan saya untuk terus berkembang,” kata Khairil sambil mengimbau kembali bagaimana e-dagang telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan perniagaannya dan mewujudkan permintaan yang lebih besar di luar sempadan Bentong.

Beliau juga turut bersetuju perniagaan sambalnya tidak akan berjaya, sekiranya bukan kerana keupayaan e-dagang menghubungkan pelanggan dengan perniagaan.

Khairil menjelaskan bahawa sambal hitam adalah perencah ringkas, pedas dan masam, khas dari Pahang yang dibuat dengan bahan-bahan yang diperolehi tempatan seperti cili, belimbing buluh (averrhoa bilimbi), bawang besar dan ikan bilis.

“Kebanyakan keluarga Melayu di Pahang akan mempunyai resipi sendiri. Ia sangat sedap dan anda akan menghabiskan sepinggan nasi dengan satu perasa ringkas ini!

“Sambal hitam sedia untuk dimakan ini memberikan lebih banyak kemudahan waktu makan untuk orang yang sibuk bekerja. Tidak seperti Bentong, orang di Lembah Klang bekerja berjam-jam, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan mungkin terlalu penat untuk menyediakan makan malam apabila mereka pulang ke rumah.

“Itulah sebabnya terdapat lebih banyak permintaan untuk sambal hitam siap dimakan di KL berbanding di Bentong,” jelas Khairil.

Ketika ditanya bagaimana perniagaannya menyumbang kepada ekonomi tempatan, Khairil berkata semua bahan mentahnya diperoleh daripada petani dan peniaga tempatan.

Dia menempah ratusan kilogram bekalan bahan mentah seperti ikan bilis, cili dan bawang daripada peniaga tempatan.

Belimbing buluh pula diperolehi terus daripada petani tempatan di sekitar Selangor, Pahang dan Perak kerana buat masa ini memerlukan sehingga 300 kilogram buah berkenaan.

Khairil menambah dengan pertumbuhan perniagaan tahunan Tokey Sambal Hitam diunjurkan antara 20 peratus dan 30 peratus, beliau meramalkan peningkatan sehingga 40 peratus dalam jumlah bahan mentah yang diperlukan.

“Sebagai penjual utama di Shopee, saya mempunyai kelebihan menerima bantuan dan bimbingan yang mencukupi daripada pengurus akaun saya. Semua ini telah membantu mempercepatkan pertumbuhan perniagaan saya,” katanya

Cenderahati Sabah untuk orang Semenanjung

Bekas eksekutif kewangan insurans, Emilhan Mokhtar, kehilangan pekerjaan dan kembali ke Sabah pada 2020.

Dengan peluang kerja yang terhad di tempat sendiri, Emilhan nekad meminjam sebanyak RM2,000 daripada adik bongsunya dan dijadikan modal membeli kerongsang yang dibuat dengan mutiara air tawar Sabah untuk jual di Shopee.

Pekerja Kita Shop Selangor melakukan siaran langsung untuk menjual produk kerongsang mereka di platform Shopee.
Pekerja Kita Shop Selangor melakukan siaran langsung untuk menjual produk kerongsang mereka di platform Shopee.



“Perniagaan saya sangat kecil ketika bermula dan saya perlu berfikir di luar kotak. Saya mendapatkan kerongsang mutiara air tawar iaitu cenderahati popular dari Sabah, untuk dijual dalam kalangan rakan-rakan saya di Kuala Lumpur,” jelas Emilhan.

Hari ini, kedai dalam talian Emilhan, Kita Shop Selangor telah berkembang berkali ganda di platform Shopee.

Kejayaannya telah membolehkannya membuka sebuah perniagaan yang menggaji enam pekerja tempatan untuk membantu dengan memilih dan membungkus, mencipta kandungan dalam talian dan menguruskan kedai fizikal.

Jenama itu pada masa ini memasarkan antara 200 sehingga 300 jenis reka bentuk, dari kerongsang bayi, kerongsang bahu, dan kerongsang besar. Kesemuanya diperoleh daripada pengusaha tempatan dan Orang Asli di seluruh Sabah.

“E-dagang masih merupakan platform yang mencipta permintaan yang tinggi dan 95 peratus daripada pelanggan saya adalah dari Semenanjung Malaysia.

“Pada tahun 2021 sahaja, saya berjaya menukar jenis pemilikan perniagaan saya kepada Sendirian Berhad.” tambahnya sambil berkongsi kedai dalam taliannya menjual purata 2,000 kerongsang setiap bulan.

Emilhan percaya bahawa e-dagang mampu mewujudkan lebih banyak permintaan untuk kerongsang yang diperbuat daripada mutiara air tawar Sabah, terutamanya dengan jualan langsung kerana ia membolehkan penjual berinteraksi dengan pengguna yang berminat serta bakal pembeli.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami mendapati bahawa pelanggan mungkin berbelanja sekurang-kurangnya tiga kali ganda semasa sesi Shopee Live berbanding membeli secara biasa dari kedai Shopee kami.

“Kami percaya bahawa mereka berasa lebih yakin dengan kualiti produk apabila mereka dapat melihatnya secara langsung,” tambah Emilhan.

Kerepek Pedas Parit Sulong sudah ada di seluruh negara

Kerepek Pedas Mastuki dijual kira-kira 1,200 kilogram secara dalam talian kepada orang ramai dari seluruh negara setiap bulan.

Dua pekerja Kerepek Mastuki gigih membungkus produk kerepek basah pedas itu.
Dua pekerja Kerepek Mastuki gigih membungkus produk kerepek basah pedas itu.



Menurut Ketua Pembungkusannya, Fatin Syahirah, Kerepek Mastuki bermula sebagai perniagaan keluarga pada 1991 dan telah mendapat populariti dalam tempoh 10 tahun.

Pelanggan mereka sanggup meredah perjalanan jauh dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kelantan, Perlis, dan Perak ke kedai di Parit Sulong, Johor semata-mata untuk membeli kerepek pedas basah itu.

“Kerepek Mastuki sentiasa ‘berlegar-legar’ dalam talian di Shopee semasa pandemik. Kami memiliki kelebihan kerana sudah mempunyai rangkaian pelanggan sedia ada yang besar sebelum terjun ke dalam platform e-dagang.

“Pelanggan kami juga teruja melihat makanan ringan kegemaran mereka mudah diakses dalam talian,” kongsi Fatin.

Kerepek Mastuki kini mengeluarkan secara purata 19,000 kilogram kerepek setiap bulan, dengan sebahagian bekalan bahan mentah seperti cili dan bawang diperoleh daripada pembekal tempatan.

“Kami amat bersyukur kerana dapat menyokong komuniti kami di Parit Sulong melalui Kerepek Mastuki.

“Kami telah mengembangkan pasukan dengan mengambil lebih ramai belia tempatan sebagai tenaga kerja untuk menampung perniagaan kami yang semakin berkembang.

“Kami berbesar hati kerana dapat memberi mereka peluang untuk memulakan kerjaya dengan kami,” jelas Fatin.

Shopee memperkasakan penjual yang berminat untuk menjalankan perniagaan tradisional mereka dalam talian melalui pelbagai kursus dalam talian melalui Hab Pendidikan Penjual dan Universiti Shopee.

Untuk mengukuhkan lagi kelebihan mereka, penjual boleh menyertai Shopee Seller Summit yang akan datang pada Jun 2023 dan meneroka aliran berasaskan nilai terkini dalam industri, berkongsi pengalaman mereka serta belajar daripada rakan penjual lain.