'Silakan guna logo BN di PRN Terengganu, Kelantan'

Wan Ahmad Fayhsal ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, di sini berhubung pertuduhan kes rasuah oleh SPRM terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Wan Ahmad Fayhsal ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, di sini berhubung pertuduhan kes rasuah oleh SPRM terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 'mengalu-alukan' parti di bawah Kerajaan Perpaduan menggunakan logo Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama di Terengganu dan Kelantan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara tersebut membuka kekuatan lebih besar buat Perikatan Nasional (PN) semasa PRN nanti.

“Kami alu-alukan perkara tersebut, sila gunakan lebih-lebih lagi di Pantai Timur yang merupakan kawasan kuat orang Melayu.

“Kamu (PH-BN) buat begitu, memang habis kerusi kamu disapu bersih disana," kata beliau ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini berhubung pertuduhan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Baru-baru ini, BN Terengganu sedia mengizinkan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangannya, Nik Dir Nik Wan Ku berkata, tiada halangan bagi PH menggunakan mana-mana logo dalam PRN itu.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan pula berkata, pihaknya, penggunaan logo dacing itu merupakan strategi pilihan raya yang dilihat boleh memberikan impak yang lebih baik.