Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan

Lam Thye
Lam Thye
A
A
A

SHAH ALAM - Penubuhan Ombudsman Malaysia merupakan satu langkah yang tepat bagi menangani rungutan pelbagai pihak terhadap penyelewengan, kelemahan semua jabatan dan agensi.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.

Jelasnya, kerajaan dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman 2023 bagi mendapatkan pertimbangan, kelulusan jemaah menteri dan akan dibentangkan pada bulan Oktober ini.

“Saya sejak tahun 90-an telah menyeru kerajaan memperkenalkan RUU Ombudsman yang mana pada hemat saya boleh membantu meningkatkan integriti dan tadbir urus dalam menangani aduan orang ramai.