Impian pemain Everton tak pernah padam

Dyche lega Everton meraih kemenangan untuk keluar dari zon penyingkiran EPL. - Foto Agensi.
Dyche lega Everton meraih kemenangan untuk keluar dari zon penyingkiran EPL. - Foto Agensi.
A
A
A

EVERTON mempamerkan kualiti sebenar dalam permainan ketika meraih kemenangan besar 5-1 ke atas Brighton awal pagi Selasa.

Kemenangan itu melonjakkan Toffees dua mata dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan saingan musim ini berbaki tiga perlawanan lagi.

Pengurus Everton, Sean Dyche tidak pernah meragui kebolehan para pemainnya kerana mereka sedar tentang matlamat dan misi untuk kekal dalam kancah EPL musim depan.

“Orang ramai di luar sana berfikir mungkin masih ada sisa harapan dalam pasukan ini tetapi bagi kami impian itu tidak pernah lenyap,” katanya.

Ia adalah kemenangan liga pertama Everton di tempat lawan dalam 14 percubaan.

Jaringan Abdoulaye Doucoure selepas 33 saat permainan terbukti menjadi titik tolak buat mereka beroleh keyakinan.

Doucoure kemudian meledak gol kedua pada minit ke-29, sebelum gol sendiri Jason Steele pada minit ke-35 dan dua jaringan Dwight Mc Neil pada minit ke-76 dan masa kecederaan melengkapkan kemenangan Everton.

Brighton pula meraih gol saguhati menerusi sentuhan Alexis Mac Allister pada minit ke-79.

“Cuma saya perlu ingatkan pemain tentang etika kerja, komitmen mereka terhadap matlamat dan pasukan adalah sangat penting kerana saya tahu mereka mempunyai kualiti,” ujar Dyche.