Hanya rakyat boleh tukar Perdana Menteri: Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas menyertai Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa Kedua hari ini. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas menyertai Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa Kedua hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

BEIJING - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh menukar seorang Perdana Menteri.

“Dulu kita ingat pada suatu masa dahulu, ada TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang telah telah ditukar, dululah, bagi kepada adik TMJ itu.

“Jadi TMJ boleh ditukar, Perdana Menteri cuma rakyat sahaja yang boleh tukar,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja lima hari di China bagi menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rakaman klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang didakwa berkata lebih baik menukar perdana menteri daripada menukar jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bejamin Mora.

Pemimpin berusia 94 tahun itu juga berkata: “Kalau dia boleh undi, undilah bagi saya jatuh.” - Bernama

Artikel Berkaitan: