Balingan emas Grace gegar Kemboja 2023

Grace ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh pada Isnin. - Foto Bernama
Grace ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

ATLET lontar tukul besi negara, Grace Wong Xiu Mei membuktikan penguasaannya dalam Sukan SEA apabila meraih pingat emas untuk kontinjen Malaysia di Kemboja 2023 pada Isnin,

Dalam acara di Stadium Morodok Techno, Phnom Penh itu balingan Grace sejauh 61.88 meter (m) juga memecah rekod kejohanan dwitahunan tersebut.

Sebagai rekod, penampilan Grace di dua temasya sebelum ini menyaksikan atlet tersebut mencatat balingan 59.24m (Kuala Lumpur 2017) dan 57.13m (Hanoi 2021).

Pingat perak menjadi milik atlet dari Thailand, Mingkamon Koomphon (57.62m) manakala gangsa milik seorang lagi atlet negara Nurul Hidayah Lukman (49.61m).