Karate mula sumbang emas Sukan SEA 2023

SHAHMALARANI, PREM KUMAR. - FOTO MSN
SHAHMALARANI, PREM KUMAR. - FOTO MSN
A
A
A

SKUAD karate menceriakan kontinjen Malaysia apabila menyumbang dua pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh sebentar tadi.

Emas pertama disumbangkan atlet karate wanita negara, C Shahmalarani menerusi acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg).

Dia menewaskan atlet Filipina, Junna Tsukii dalam pertarungan yang berlangsung di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar A.

Shamalarani pernah memenangi acara itu di Sukan SEA Hanoi tahun lalu.

Sejurus kejayaan Shamalarani, atlet karate lelaki negara, S Prem Kumar turut menghadiahkan emas kedua buat Malaysia.

Prem Kumar mengenepikan cabaran Chanpet Setthapong dari Thailand dalam acara Kumite lelaki bawah 55kg.

Kejayaan itu menebus kekecewaan Prem yang terlepas pingat emas dalam acara bawah 60kg pada Sukan SEA Hanoi tahun lepas.