Sila log masuk terlebih dahulu.

Lebih 30 pekerja Bangladesh terpaksa berkongsi satu tandas

A
A
A

BERITA SEMASA 5 MEI 2023

Bukan saja terpaksa memasak makanan di atas lantai dalam bilik kotor, seramai kira-kira 30 warga asing yang ditempatkan di sebuah asrama pekerja berkongsi menggunakan hanya satu tandas, lapor wartawan Syamilah Zulkifli.

Keadaan asrama pekerja warga asing yang menempatkan keseluruhan seramai kira-kira 120 pekerja warga asing di Nilai itu diserbu oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS) menerusi Ops Pindah 2, pada Jumaat.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, bilik didiami pekerja warga Bangladesh itu memiliki katil dengan tilam nipis serta beberapa buah kipas.

Mereka mendakwa sudah lebih sebulan tidak dibayar gaji oleh majikan.

Artikel: https://bit.ly/415Xg6U

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian