Stabilkan politik Sabah, kembalikan jawatan ditiadakan - Zahid

Ahmad Zahid (tengah) bergambar sempena lawatan kerja beliau di Maktab Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu pada Khamis. Foto: Bernama
Ahmad Zahid (tengah) bergambar sempena lawatan kerja beliau di Maktab Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu pada Khamis. Foto: Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu situasi politik di Sabah dapat distabilkan demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya jawatan yang telah ditiadakan dikembalikan semula atas persetujuan dan persefahaman antara parti-parti politik yang mendokong kerajaan Perpaduan di Sabah.

"Saya harapkan situasi politik di Sabah ini dapat distabilkan dan saya fikir kepimpinan oleh Barisan Nasional (BN), Parti Warisan (Warisan), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan juga rakan-rakan lain kita tumpukan bagi kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk memberikan kestabilan politik demi pembangunan rakyat Sabah keseluruhannya.

"Kita juga berharap jawatan yang telah ditiadakan hendaklah dicari jalan untuk dikembalikan jatas persetujuan dan kesefahaman pelbagai parti politik yang mendokong kerajaan Perpaduan di Sabah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di pekarangan UMNO Sabah di sini pada Khamis.

Tambah beliau lagi, soal politik tidak lagi harus dijadikan isu utama di Sabah ketika ini.

"Mudah-mudahan soal politik ini tidak menjadi isu utama tetapi yang penting ialah pembangunan untuk rakyat keseluruhannya," katanya.

Sementara itu ketika sidang akhbarnya, beliau menganggap kehadiran pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada majlis yang dihadirinya sebelum itu sebagai manifestasi kebersamaan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah

Ahmad Zahid dalam lawatan kerjanya ke Sabah turut menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu di Kinarut, Papar.

caption

1. Ahmad Zahid diiringi Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di pekarangan UMNO Sabah Kota Kinabalu.

tamat