Leeds United pecat Gracia, lantik Allardyce

Allardyce
Allardyce
A
A
A

LEEDS United yang bergelut mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) mengambil tindakan proaktif apabila memecat pengendali Javi Gracia susulan prestasi tidak menentu The Whites musim ini.

Pemecatan Gracia menyaksikan kelab yang berada di tangga 17 daripada 20 pasukan selepas mengharungi 30 meletakkan tanggungjawab kepada Sam Allardyce bagi menyelamatkan status elit kelab dengan baki empat perlawanan terakhir musim ini.

Pengendali dari Sepanyol itu meninggalkan Elland Road selepas hanya 10 minggu dan 12 perlawanan bertanggungjawab, dengan kelab di luar zon penyingkiran hanya berdasarkan perbezaan gol.

Allardyce atau lebih dikenali Big Sam berusia 68 tahun, adalah pengendali tetap ketiga Leeds selepas Gracia menggantikan Jesse Marsch pada Februari lalu.

"Kami berterima kasih kepada Javi Garcia dan pasukannya atas segala usaha mereka untuk mengeluarkan kelab dari situasi sukar.

"Baki empat perlawanan musim ini akan dikendalikan ketua jurulatih berpengalaman Sam Allardyce, " kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Allardyce, bekas pengendali Bolton, Newcastle, West Ham dan England tidak bekerja sejak akhir musim 2020/21 selepas gagal menyelamatkan West Bromwich daripada penyingkiran liga teratas.

"Saya telah melihat banyak masalah sebelum ini dan percaya Leeds United masih boleh diselamatkan, tetapi berbaki empat perlawanan - harap kami boleh membuat perubahan luar biasa dan mengekalkan kelab hebat ini dalam Liga Perdana Inggeris," kata Allardyce.

Allardyce dilaporkan bersetuju menerima gaji asas £500,000 pound untuk empat perlawanannya sebagai bertanggungjawab, dengan bonus £2.5 juta sekiranya dapat mengekalkan Leeds United dalam Liga Perdana Inggeris.

Sebagai rekod, ia adalah kali pertama Allardyce disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris dalam karier pengurusannya selama 30 tahun, dia meninggalkan Hawthorns enam bulan dalam kontrak 18 bulan.

Senarai Pengendali EPL dipecat

Scott Parker - Bournemouth - 30 Ogos

Thomas Tuchel - Chelsea - 7 September

Graham Potter- Brighton - 8 September

Bruno Lage - Wolves - 2 Oktober

Steven Gerrard - Aston Villa - 20 Oktober

Ralph Hasenhuttl - Southampton -7 Nov

Frank Lampard - Everton - 23 Januari

Jesse Marsch - Leeds Utd - 6 Februari

Nathan Jones - Southampton - 12 Feb

Patrick Vieira - Crystal Palace - 17 Mac

Antonio Conte - Tottenham -26 Mac

Brendan Rodgers - Leicester - 2 April

Graham Potter - Chelsea - 2 April

Javi Gracia - Leeds Utd - 2 Mei