Armada Kelantan yakini gabungan Tun M, Muhyiddin

Asran
Asran
A
A
A

KOTA BHARU – Armada Bersatu Kelantan yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan tempoh setahun pentadbiran PH itu sebagai kejayaan menjatuhkan kleptokrasi UMNO-BN.

Ketuanya, Asran Alias berkata, kekuatan pemerintahan diterajui pemimpin berusia 93 tahun itu adalah disebabkan sokongan kuat ahli parti terutamanya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin merupakan lambang kepada pembinaan sebuah parti yang hebat walaupun hanya beberapa tahun sahaja tetapi sudah mampu menjadi parti pemerintah.

“Oleh itu, Armada Kelantan menyeru kepada semua untuk mengambil semangat dua orang tokoh ini semasa membina parti sebagai satu lambang kepada perpaduan dan semangat untuk lebih kuat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Artikel Berkaitan: