Piala Belgium milik Antwerp

Antwerp merangkul kejuaraan Piala Belgium keempat selepas menewaskan KV Mechelen di Stadium King Baudouin, Brussels.
Antwerp merangkul kejuaraan Piala Belgium keempat selepas menewaskan KV Mechelen di Stadium King Baudouin, Brussels.
A
A
A

DUA gol setiap babak membolehkan Royal Antwerp merangkul kejuaraan Piala Belgium keempat selepas menewaskan KV Mechelen, 2-0 dalam perlawanan akhir yang tegang di Stadium King Baudouin, Brussels pada Ahad.

Vincent Janssen menjaringkan penalti pada minit ke-36 separuh masa pertama sebelum Michel-Ange Balikwisha melengkapkan gol minit ke-81 untuk trofi pertama pengendali Mark van Bommel sebagai ketua jurulatih.

Antwerp memperoleh kemenangan piala kedua dalam tempoh empat tahun membuka jaringan hanya selepas setengah jam apabila pemain pertahanan skuad kendalian Steven Defour, Dries Wouters menjatuhkan Jurgen Ekkelenkamp dalam kotak penalti.

Janssen terpaksa mengambil semula sepakan penalti selepas dia melakukan percubaan pertama sebelum pengadil Jonathan Lardot meniup wisel.

Penyerang itu kemudian memilih sudut bertentangan dengan percubaan kedua untuk gol pertama pasukannya..

Mechelen yang tidak berputus asas kembali semula dalam pertandingan sehingga 10 minit terakhir apabila pemain gantian Balikwisha, menjaringkan gol kedua Antwerp selepas menyempurnakan hantaran lintang Calvin Stengs.

Kejayaan merangkul Piala Belgium membolehkan Antwerp bersaing dalam kempen Liga Europa 2023/24 dalam pusingan play-off terakhir sebelum memasuki peringkat kumpulan.