Cuaca panas tahap berjaga-jaga di lima kawasan

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari adalah perlu bagi mengekalkan tahap hidrasi ketika cuaca panas. - Foto Bernama
Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari adalah perlu bagi mengekalkan tahap hidrasi ketika cuaca panas. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) merekodkan lima kawasan dengan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Menurut jabatan berkenaan, antara kawasan tersebut di Semenanjung adalah Kubang Pasu di Kedah selain Tangkak, Johor dan Raub, Pahang.

Jelas MetMalaysia, bagi Sabah pula, terdapat satu kawasan dicatatkan iaitu Nabawan.

"Di Sarawak pula amaran cuaca panas tahap satu itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah.

"Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!