Peluang Newcastle sambar slot Liga Juara-Juara cerah

Newcastle melakar kemenangan 4-1 ke atas Everton.
Newcastle melakar kemenangan 4-1 ke atas Everton.
A
A
A

NEWCASTLE United semakin hampir menamatkan penantian 20 tahun untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Everton 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park pada Jumaat.

Pasukan kendalian Eddie Howe itu nyata bukan tandingan Everton dengan Callum Wilson menjaringkan dua gol dan masing-masing satu gol daripada Joelinton dan Jacob Murphy.

Kemenangan itu menyaksikan Newcastle menjarakkan kedudukan dengan kelebihan lapan mata daripada pasukan di kedudukan kelima, Aston Villa.

"Separuh masa pertama tidak sempurna, tetapi separuh masa kedua sangat bagus. Kami menjaringkan beberapa gol yang sangat bagus.

"Separuh masa kedua, kami benar-benar menunjukkan apa yang kami mampu lakukan," kata Howe.

Kekalahan itu menyebabkan Everton masih berada di zon penyingkiran, dua mata di belakang zon selamat.

"Perlawanan berubah selepas gol kedua mereka dan itulah yang perlu kami ubah," kata pengendali Everton, Sean Dyche.