'Tawaran RM187 juta beli Parc des Princes mengarut'

Parc des Princes.
Parc des Princes.
A
A
A

DATUK Bandar Paris, Anne Hidalgo menyifatkan tawaran €38 juta (RM187 juta) yang dikemukakan Paris Saint Germain (PSG) untuk membeli stadium Parc des Princes milik bandar itu sebagai tidak masuk akal.

PSG kini memasuki tahun ke-10 dalam perjanjian sewa selama 30 tahun, tetapi telah menyasarkan pemilikan stadium sepenuhnya sebelum meneruskan perancangan mengubah suai venue itu yang dibina sempena Piala Dunia 1998.

Menurut Hidalgo, harga yang ditawarkan PSG sebagai mengarut dan kelab itu perlu mengemukakan harga yang munasabah.

"Kami telah membuka pintu kepada kemungkinan menjual stadium kepada kelab. Memang benar dalam model ekonomi kelab besar, mereka merupakan pemilik kesemua kelab itu dan sudah tentu kami perlu melihat hujah ini.

"Untuk menjual, anda perlu menghormati peraturan kerana stadium itu milik masyarakat Paris, ia bukan milik saya.

"Kami terikat dengan undang-undang, jadi ada prosedurnya dan kami perlu menetapkan harga yang mesti sepadan demi kebaikan bersama.

"Kelab itu menawarkan €38 juta (RM187 juta). Saya fikir tidak masuk akal adalah perkataan yang tepat," katanya.

PSG dilaporkan turut berminat untuk membeli Stadium Stade de France dan akan menyatakan hasrat mereka secara rasmi dalam masa terdekat.