Trend perkhidmatan teman beraya ibarat jual maruah diri

Ciapan @AmirulRuslam di Twitter mengenai iklan teman beraya yang tular di aplikasi berkenaan. Antara iklan perkhidmatan teman beraya yang dikongsikan di laman Twitter
Ciapan @AmirulRuslam di Twitter mengenai iklan teman beraya yang tular di aplikasi berkenaan. Antara iklan perkhidmatan teman beraya yang dikongsikan di laman Twitter
A
A
A

SHAH ALAM – Trend menyediakan perkhidmatan ‘teman beraya’ dan kekasih lakonan oleh segelintar masyarakat di negara ini disifatkan seakan menjual maruah diri.

Perkhidmatan yang diiklankan dengan kadar bayaran serendah RM100 menerusi ciapan di aplikasi Twitter itu juga mengundang rasa tidak senang ramai pihak.

Menerusi perkongsian pengguna akaun aplikasi berkenaan @AmirulRuslam, gurauan yang semakin menjadi ikutan itu mencemarkan maruah serta menghilangkan sifat malu sebagai seorang wanita dan lelaki Islam.

"Begitu murahnya maruah dan kehormatan. Tidak hairan hilang teruna atau dara kerana berzina makin dianggap satu kebanggaan," ciapnya pada Khamis.

Melihat kepada perkongsian tangkap layar yang dimuat naik, perkhidmatan yang ditawarkan termasuk menjadi pendengar kepada masalah yang diluah, berlakon untuk kelihatan mesra di depan orang ramai malah boleh berpegangan tangan dengan kadar bayaran tambahan serendah RM10.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pandangan sama seperti lelaki berkenaan.

“Innalillah, Ya ALLAH janganlah kau uji anak-anakku dengan ujian sebegini,” komen pengguna Twitter, @muhamad_nazir.

“Selalunya macan ini bukan bergurau. Mesti pernah buat 'something business' macam itu juga. Kalau tidak, tak akan berani nak keluar dengan orang yang tidak dikenali," luah @kingconquere07.

Perkongsian itu tular di Twitter dengan tontonan sebanyak 394,000; 2,244 ulang ciap dan 3,241 tanda suka.