Dedah rakaman CCTV untuk tahu kebenaran

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PKPMP memaklumkan, dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PKPMP memaklumkan, dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter jaminan dapat dikeluarkan dan ditunjukkan bagi menentukan masa sebenar penutupan ruang berkenaan.

Menurut beliau, dakwaan penutupan awal kaunter jaminan Mahkamah Kuala Lumpur adalah satu perkara yang serius dan ia tidak boleh ditutup sebelum waktunya.

“Dalam hal ini, adalah lebih baik agar rakaman CCTV di kaunter jamin dapat dikeluarkan dan ditunjukkan untuk menentukan waktu sebenar penutupan ruangan operasi berkenaan pada hari tersebut.

“Hanya dengan cara ini, bukti daripada rakaman CCTV tersebut akan mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PKPMP memaklumkan, dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.

Jelas PKPMP, dakwaan peguam itu tidak benar, kerana kaunter jamin telah ditutup pada jam 4 petang pada hari tersebut dan penutupan ruangan itu sama seperti waktu operasi sepanjang bulan Ramadan.

Justeru, Lip Eng memaklumkan rakaman CCTV itu penting untuk membuktikan tuduhan tersebut tidak benar dan sekali gus membuktikan bahawa pihak kaunter jamin sama sekali tidak bersalah.