Sila log masuk terlebih dahulu.

Keluarga Altantuya merayu naikkan ganti rugi RM5 juta

19 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 APRIL 2023

Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu merayu untuk dapat ganti rugi lebih tinggi daripada RM5 juta yang dianugerahkan kepada mereka oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam saman mereka failkan berhubung kematiannya pada 2006.

Dalam notis rayuan difailkan pada 16 Januari tahun ini, keluarga Altantuya membuat rayuan balas terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum ganti rugi.

Pada 16 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini hakim Mahkamah Rayuan) benarkan saman oleh keluarga Altantuya dan perintahkan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan untuk bersama-sama membayar RM5 juta sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.

Beliau juga berikan faedah lima peratus setahun daripada jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan tuntutan mahkamah sehingga penyelesaian penuh amaun dan kos guaman sebanyak RM25,000.

Pengurusan kes bagi rayuan keluarga Altantuya diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nadia Mohd Kamal hari ini, yang kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes pada 13 Jun untuk pihak-pihak terlibat mengemas kini perkembangan status alasan rayuan dan nota prosiding kepada mahkamah.

Pada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu dan Altantsetseg Sanjaa serta cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal memfailkan saman RM100 juta terhadap Azilah Hadri dan Sirul Azhar, Abdul Razak dan kerajaan.

Artikel: https://bit.ly/3L9DAu4

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian