Malaysia, Pakistan bincang tingkatkan perdagangan, pelancongan

Mohammad Azhar (kanan) mengadakan pertemuan dengan Asad. - Foto Kementerian Luar Pakistan
Mohammad Azhar (kanan) mengadakan pertemuan dengan Asad. - Foto Kementerian Luar Pakistan
A
A
A

NEW DELHI - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Mohammad Azhar Mazlan, pada Selasa mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar Pakistan, Asad Majeed Khan sambil membincangkan mengenai peningkatan perdagangan dan pelancongan antara kedua-dua negara.

Asad memuji usaha utusan Malaysia itu "untuk mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara", menurut Kementerian Luar Pakistan menerusi ciapan di Twitter.

Perbincangan itu meliputi peningkatan pelaburan dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Azhar menyampaikan surat tauliah lantikannya kepada Presiden Pakistan bulan lepas.

Pakistan ialah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di Asia Selatan, dengan perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah AS$1.8 bilion pada 2022. - Bernama