Sila log masuk terlebih dahulu.

Wanita tular tak mengaku 'joli' duit ibu saudara tiri

18 April 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 18 APRIL 2023

Wanita yang didakwa mencuri dan menggunakan wang milik ibu saudara tirinya untuk membeli telefon bimbit berjenama, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala lumpur, hari ini, atas dua pertuduhan itu.

Tertuduh, Nur Humaira Shanuk Haziki berusia 21 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nadia Othman.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang wanita kerana disyaki mencuri RM8,200 daripada akaun bank ibu saudara tirinya itu untuk membeli telefon berjenama.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian