Lawatan menteri Singapura ke UMT

No Image Caption
A
A
A
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Kedua Hal Ehwal Luar, Dr Maliki Osman mengadakan perjumpaan bersama pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Senat, Canselori UMT pada Selasa.

Dalam pertemuan kira-kira selama satu jam setengah tersebut, sesi soal jawab antara Dr Maliki dan pelajar turut diadakan dengan kebanyakannya menyentuh mengenai peluang pendidikan di negara berkenaan.

Program melibatkan pelajar UMT itu merupakan sebahagian daripada program sempena lawatan kerja Dr Maliki ke Kelantan dan Terengganu mulai 15 hingga 19 April.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk mengukuhkan lagi hubungan yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan negeri-negeri di Malaysia dan meneroka bidang kerjasama baharu.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering

No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa

No Image Caption
GALERI

Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel