KPT sentiasa aktifkan sukan selamat

Pekan menandatangani Sokongan Kod Sukan Selamat sambil disaksikan Hannah di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
Pekan menandatangani Sokongan Kod Sukan Selamat sambil disaksikan Hannah di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
A
A
A

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) komited memberikan kerjasama terbaik 'ke arah menwujudkan persekitaran sukan selamat' seperti disarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT, Datuk Dr Pekan Ramli, "Pengajaran tentang nilai-nilai baik serta skop salah laku dalam sukan dan etika sebenarnya sudah terdapat dalam silibus pengajian program sukan di peringkat IPT.

"Namun kewujudan Kod Sukan Selamat ini boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan atau penambahbaikan kepada semua pihak yang terbabit dalam sukan di IPT," katanya.

Sebagai rekod, Majlis Menandatangani Sokongan Kod Sukan Selamat di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya itu disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Selasa.

KPT diwakili Pekan dan wakil Majlis Sukan IPT termasuk Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP), Majlis Sukan Kolej Komuniti (Maskom) dan Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa)

Bagi tujuan itu kata Pekan, KPT akan meminta semua empat majlis-majlis sukan IPT dan kesemua pusat-pusat sukan IPT untuk melantik pegawai khas serta membentuk jawatankuasa yang berkaitan dengan Kod Sukan Selamat tersebut.

"Ini penting bagi memastikan tidak berlakunya skop salah laku dalam sukan di peringkat institusi pengajian tinggi pada masa depan," ujar Pekan.

Sebagai rekod, selain KPT, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga adalah merupakan rakan strategik utama untuk program ini.