Julie’s Love Letters lengkapkan cinta di hari raya

A
A
A

No Image Caption

Nampaknya raya makin dekat, maknanya persiapan nak sambut hari penuh keceriaan dan kegembiraan itu sudah rancak.

Baju raya, langsir raya, kuih raya, kek raya rasanya semua sudah ditempah kan? Tapi anda jangan lupa sesuatu yang boleh menghangatkan lagi suasana riang ria raya anda. Biskut Julie’s Love Letters!

Sama seperti kita yang nak tampil bergaya dengan baju raya yang cantik dan segak, Julie’s Love Letters juga hadir dengan gaya dan pembungkusan baharu yang lebih comel, senang dibawa dan paling penting tubnya boleh diguna semula tau.

Dengan reka bentuk tub baharu yang lebih sesuai berbanding bekas sebelum ini, Julie’s Love Letters pastinya tak akan menyusahkan anda untuk membuka tub dan menikmati biskutnya yang memang lejen.

Bila tiba hari raya, pastinya sanak saudara dan rakan taulan berkumpul dan kunjung mengunjung. Kita sebagai tuan rumah mesti bersedia dengan juadah raya. Tukar kebiasaan anda sedikit dengan hanya jamu kuih raya kepada tetamu anda.

No Image Caption

Apa kata anda jadikan Julie’s Love Letters sebagai juadah utama untuk menceriakan ahli keluarga dan sahabat handai yang menziarahi. Para tetamu anda mesti rasai kesedapan edisi terhad Julie’s Love Letters perisa lemon yang pastinya tak terkalah dengan kuih makmur tau.

Pastinya anda sediakan stok Julie’s Love Letters edisi terhad itu kerana pasti ada daripada sanak saudara atau kawan-kawan anda yang sudah jatuh cinta dengan perisa lemon itu. Jadikan sebagai hadiah atau buah tangan untuk mereka pulang nanti.

Bukan itu saja, kalaulah nanti bila ramai tetamu datang ke rumah dan kita sudah tak cukup bekas nak bekalkan mereka dengan lemang atau rendang, tub serbaguna Julie’s Love Letters pun jadi penyelamat. Kosongkan saja isi dalam tub Julie’s Love Letters dan gantikan dengan rendang tersohor anda untuk bekalan keluarga tersayang.

No Image Caption

Bila raya saja kita mesti akan berkereta untuk balik ke kampung mahupun nak berziarah nanti. Kanak-kanak biasanya akan cepat bosan bila duduk lama-lama dalam kereta. ‘Sogok’ mereka dengan Julie’s Love Letters ini sebagai peneman sepanjang perjalanan dan juga untuk alas perut atau kudap kudapan.

Jadi anda kena pastikan raya tahun ini mesti ada biskut Julie’s Love Letters yang akan menjadi tali pengikat kasih sayang serta cinta anda kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Riang ria raya anda tak sempurna tanpa Julie’s Love Letters.

Jadi jangan tunggu lama-lama sangat, raya dah dekat ni. Berkunjung segera ke kedai atau pasaraya berhampiran anda untuk dapatkan biskut Julie’s Love Letters.

Atau anda boleh membeli Julie’s Love Letters secara atas talian di kedai Shopee Julie’s Love Letters atau kedai Lazada Julie’s Love Letters.

Anda juga boleh layari laman web rasmi Julie’s atau platform Facebook dan Instagram Rasmi Julie’s untuk pelbagai maklumat.