Sila log masuk terlebih dahulu.

[WAWANCARA EKSKLUSIF] 'Isu air Kelantan selesai jika beri kami peluang'

17 April 2023 | Wawancara
A
A
A

[WAWANCARA EKSKLUSIF] 'Isu air Kelantan selesai jika beri kami peluang'

Masalah bekalan air terawat sangat sinonim dengan Kelantan dan telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Walaupun pemimpin Pas sendiri turut memegang portfolio Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebelum ini, namun jalan penyelesaian masih kelam.

Justeru Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memberi pilihan kepada rakyat negeri itu sama ada peluang untuk kerajaan perpaduan memerintah, atau jadi pembangkang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan agar masalah air terbela.

Nik Nazmi turut berkongsi visinya dalam mengekalkan tarif elektrik kepada pengguna domestik demi melindungi golongan B40, selain persediaan kerajaan perpaduan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Saksikan Wawancara Eksklusif, Ahad, 16 April 2023 jam 2 petang di semua platform media sosial Sinar Harian.

Muzik: Destiny by Amir Marcus, Stephan Fischer - https://artlist.io/song/102516/destiny

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #NikNazmi #Kelantan