'Saya sangat kecewa' - Lampard

Lampard - Foto AFP
Lampard - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard mengakui sangat kecewa selepas pasukan kendaliannya tewas kepada Brighton dan Hove Albion 1-2 di Stamford Bridge.

Ia menyaksikan kekalahan ketiga berturut-turut sejak Lampard yang bertindak sebagai pengendali sementara mengemudi pasukan.

Danny Welbeck membatalkan gol pembukaan Chelsea melalui Conor Gallagher yang melencong, sebelum rembatan Julio Enciso memberikan tiga mata berharga buat Brighton.

"Saya kecewa pada setiap peringkat. Pasukan yang lebih baik menang. Mereka boleh menang dengan lebih banyak lagi. Mereka bermain seperti satu pasukan. Mereka sudah lama bersama.

"(Kami) tidak cukup bagus. Kami kekurangan dalam semua bahagian asas bola sepak," katanya.

The Blues perlu bangkit segera apatah lagi akan menerima kunjungan Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

Pasukan itu perlu menukar defisit 0-2 selepas tewas perlawanan suku akhir pertama jika ingin mara ke separuh akhir.

"Tidak ada gunanya terlalu kecewa, tetapi kita perlu memahami mengapa hari ini berjalan seperti apa yang telah berlaku.

"Dalam bola sepak, sebuah cerita boleh berubah dengan cepat. Real Madrid dalam Liga Juara-Juara adalah kemuncak bola sepak.

"Peminat Chelsea akan datang untuk melihat pasukan memberikan segala-galanya untuk mengubah keputusan, dan itulah yang perlu kami lakukan," katanya.