PM, Volker Türk bincang usaha memperingati UDHR75

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, TYT Volker Türk, pada Sabtu.

Anwar menerusi Facebooknya memaklumkan, perbincangan itu tertumpu berkenaan inisiatif yang diambil oleh pejabatnya bagi memperingati Ulang Tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR75).

“Beliau juga telah memanjangkan jemputan kepada Malaysia untuk menghadiri acara peringkat tinggi sambutan tersebut,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia menyokong inisiatif yang dilaksana oleh Pesuruhjaya Tinggi Türk sejajar dengan keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat dan menegakkan hak asasi manusia di bawah kerangka Malaysia Madani.

“Kami juga bertukar pandangan mengenai cabaran dalam melindungi dan menegakkan hak asasi manusia seiring realiti geopolitik semasa.

“Saya menjemput Pesuruhjaya Tinggi Türk untuk melawat Malaysia dan mengulangi komitmen Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan beliau bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.