Anwar santuni rakyat di Bazar Ramadan Gong Badak

Anwar (kanan) mengalihkan murtabak semasa turun padang menyantuni orang ramai dan peniaga di Bazar Ramadan Gong Badak pada Sabtu. Turut sama Ahmad Samsuri (dua dari kanan). - Foto Bernama
Anwar (kanan) mengalihkan murtabak semasa turun padang menyantuni orang ramai dan peniaga di Bazar Ramadan Gong Badak pada Sabtu. Turut sama Ahmad Samsuri (dua dari kanan). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA NERUS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa mengunjungi serta menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Gong Badak di sini pada Sabtu.

Beliau yang tiba sekitar jam 5.10 petang meluangkan masa selama 15 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar selain turut kelihatan membeli beberapa juadah berbuka seperti kuih muih termasuk 'akok'.

Turut mengiringi Ahli Parlimen Tambun itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta beberapa ahli majlis kerajaan negeri.

Anwar dijadualkan menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum solat Isyak dan tarawih di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). - Bernama