6 atlet tersenarai 100 orang paling berpengaruh 2023

Messi tersenarai dalam 100 orang paling berpengaruh pada 2023.
Messi tersenarai dalam 100 orang paling berpengaruh pada 2023.
A
A
A

MAJALAH Time pada Khamis menyenaraikan 100 orang paling berpengaruh pada 2023, yang termasuk enam ikon sukan.

Mereka termasuk bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi dan rakan sepasukannya Kylian Mbappe dan juara tenis perseorangan wanita Terbuka Amerika Syarikat 2022, Iga Swiatek, menurut Anadolu Agency.

Bintang Phoenix Mercury, Brittney Griner turut dinamakan dalam senarai itu bersama peluncur ski alpine yang juga juara Olimpik, Mikaela Shiffrin dan quarterback juara Super Bowl NFL, Patrick Mahomes.

Griner ditahan di Lapangan Terbang Sheremetyevo Moscow tahun lepas kerana disyaki cuba mengimport minyak hasyis (hashish) secara haram ke Rusia dan dihukum penjara sembilan tahun.

Bagaimanapun Griner dibebaskan dalam program pertukaran banduan dengan warga Rusia Viktor Bout pada 8 Disember tahun lepas. - Bernama-Anadolu