Lendu Monsoon Challenge janji pengalaman berbeza

Mohd Nordin bergambar bersama sepanduk program berkenaan.
Mohd Nordin bergambar bersama sepanduk program berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kejohanan Lendu Monsoon Challenge yang bakal berlangsung di Pusat Rekreasi D'Baruh, Lendu, Melaka Sabtu ini bakal menyajikan pengalaman berbeza buat para peserta dalam penganjuran edisi kali kedua kali ini.

Koordinatornya, Mohd Nordin Kimi berkata, program hasil kerjasama beberapa pihak terdiri daripada Koperasi Keluarga Che Me, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) dan agensi-agensi berkaitan dilihat dapat menjadi platform bagi meningkatkan budaya sukan sebagai elemen pelancongan di kawasan itu.

"Tambahan pula, program ini juga dilaksanakan sejajar dengan Tahun Melawat Melaka yang akan berlangsung pada tahun hadapan," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nordin berkata sehingga kini, kejohanan itu telah berjaya menarik sebanyak 700 peserta terdiri dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, jarak laluan yang bakal ditempuh oleh para peserta adalah sejauh 45 kilometer melibatkan laluan mencabar merentasi kawasan perkampungan yang mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi.

"Program ini sememangnya menjadi tumpuan kerana peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada orang luar dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia, Singapura dan beberapa negara lain lagi," katanya.

Tambah beliau, walaupun penyertaan telah ditutup sebelum ini, namun pihak penganjur bersepakat untuk membuka peluang kepada peserta lain yang ingin membuat pendaftaran di saat akhir sehingga jam 5 pagi hari kejohanan berlangsung.

"Setakat ini kita menerima sambutan yang baik daripada para peserta dan kerajaan Melaka. Malah kami turut merancang untuk menjadikan acara ini sebagai program tahunan,"katanya.

Artikel Berkaitan: