Bekas Naib Pengerusi PKR Perak meninggal dunia

Mohd Anuar
Mohd Anuar
A
A
A

IPOH - Bekas Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Anuar Zakaria dilaporkan meninggal dunia malam ini.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Perkara itu disahkan Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Menurutnya, Mohd Anuar merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan merupakan pemimpin PKR Cabang Gopeng.

"Sebagai pimpinan kanan dalam AMK negeri, saudara Anuar selalu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Arwah juga memberi sokongan yang padu kepada saya semasa saya bertanding di DUN (Dewan Undangan Negeri) Teja, Gopeng.

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat dan perjuangan. Salam takziah buat keluarga arwah," katanya.

Mohd Anuar dilantik sebagai Naib Pengerusi PKR Perak di bawah pimpinan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan Ketua PKR Cabang Parit.