Aidilfitri: Hampir sejuta warga kota dijangka balik kampung

Yahaya (empat dari kiri) merasmikan Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
Yahaya (empat dari kiri) merasmikan Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir sejuta warga kota dijangka pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri bermula 20 April ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya meminta orang ramai mengisi borang maklumat balik kampung dan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

"Ia bertujuan membantu pihak polis dalam membuat perancangan rapi dan pemantauan di kediaman yang ditinggalkan sepanjang musim perayaan itu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mengulas berhubung statistik kemalangan, Yahaya berkata, terdapat peningkatan jumlah kemalangan sebanyak 33 peratus bagi tempoh antara Januari hingga Mac lalu berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

"Jumlah kemalangan maut mencatatkan peningkatan sebanyak lima kes, kecederaan ringan menunjukan peningkatan sebanyak 58 kes dan cedera parah menunjukkan penurunan sebanyak satu kes," katanya.

Beliau berkata, keesalahan lazim adalah melibatkan halangan lalulintas, melanggar lampu isyarat merah, potong ’Q’, memandu secara berbahaya, pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan dan melawan arus trafik.

"Bagi mengekang permasalahan ini, tindakan saman akan giat dilakukan dan diteruskan secara berkala," tegasnya.