Lebih 100 hidangan Melayu di Bufet Ramadan Pusat Konvensyen Setia City

Buffet Ramadan Buffet oleh Faz Food di Pusat Konvensyen Setia Alam bermula pada harga RM99 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.
Buffet Ramadan Buffet oleh Faz Food di Pusat Konvensyen Setia Alam bermula pada harga RM99 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.
A
A
A

RAIKAN suasana damai Ramadan ini bersama keluarga dengan menikmati sajian berbuka puasa di Bufet Ramadan Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam yang menyediakan lebih 100 hidangan masakan Melayu tradisional bermula 26 Mac hingga 19 April 2023.

S P Setia dalam satu kenyataan berkata, kulinari yang dikendalikan oleh pasukan cef terlatih dari Faz Food menyediakan hidangan iftar yang dipenuhi rasa asli masakan Melayu tradisional yang lazat.

“Pelbagai hidangan kegemaran klasik seperti nasi lemak, mi goreng dan rendang, serta masak lemak cili api yang istimewa dan sate yang lazat di atas panggangan. Bahagian pencuci mulut juga menawarkan pelbagai pilihan kuih-muih yang sedap dan manis.

“Dengan ruang tempat yang luas, Pusat Konvensyen Setia City boleh memuatkan sehingga 1,350 tetamu pada satu masa untuk bufet. Solat terawih yang diimamkan oleh imam juga diadakan setiap hari selepas berbuka puasa,” jelas kenyataan itu.

Bufet Ramadan oleh Faz Food di Pusat Konvensyen Setia City berharga RM99 untuk dewasa dan RM59 bagi setiap kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.

Hubungi 017-618 4005 untuk membuat tempahan. Untuk tempahan peribadi atau korporat dengan sekurang-kurangnya 200 tetamu, hubungi 03-3359 5252.